Altruis
2025Bantuan

Altruis Care

Bantuan kewangan dan keperluan bersasar untuk keluarga rentan — membina harapan, menyemai ketenangan.

Pasukan Projek Altruis

Lembah Pantai & Bangsar, KL

Agihan bantuan Altruis Care
01Tentang projek

Ringkasan Projek

Program Altruis Care merupakan inisiatif kebajikan yang bertujuan menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada golongan asnaf, miskin bandar, ibu tunggal, warga emas, pelajar, serta individu berpenyakit atau kurang upaya — agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermaruah dan selamat.

Objektif Program

  • Meringankan beban hidup golongan asnaf dan rentan.
  • Menyediakan bantuan segera dan bantuan jangka sederhana.
  • Menjadi jambatan kasih antara komuniti penyokong dan mereka yang memerlukan.

Kategori Penerima Bantuan

  • AIsi rumah berpendapatan di bawah RM1,500
  • BKeluarga dengan 5 orang anak dan ke atas
  • CIndividu yang berhutang atau berisiko muflis
  • DWarga emas tanpa sokongan tetap
  • EIbu atau bapa tunggal
  • FPelajar dari keluarga B40
  • GIndividu yang sakit kronik atau kurang upaya
  • HUsahawan mikro dan kecil yang terjejas
01

Matlamat

Meringankan beban hidup golongan asnaf dan keluarga rentan agar dapat hidup lebih bermaruah dan selamat.

02

Pendekatan

Bantuan kewangan bersasar, lawatan rumah berkala dan sokongan keperluan asas untuk pelbagai kategori penerima.

3 bahagian utama

Klasifikasi Agihan

Bagi menyantuni pelbagai pihak yang mempunyai keperluan tertentu, pengagihan bantuan Altruis Care diklasifikasikan kepada 3 bahagian utama.

Teduhan Kasih

Membantu keluarga asnaf dengan sokongan kewangan berkala untuk saraan hidup, keperluan asas dan makanan.

Teduhan Asnaf

Bantuan segera untuk keperluan mendesak seperti perubatan, kecemasan, dan sokongan luar jangka.

Barakah

Sumbangan makanan asas bulanan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga asnaf secara berterusan.

Fakta utama

Perincian Projek

Penerima Manfaat

217 Penerima

Merentas 14 negeri (Teduhan Kasih, Asnaf & Barakah)

Lawatan Rumah

67 Buah

Penilaian keperluan secara berkala

Perbelanjaan

RM82,276

Projek ini menyokong United Nations Sustainable Development Goals (SDG) melalui teras berikut

SDG 1: No PovertySDG 2: Zero HungerSDG 10: Reduced InequalitiesSDG 17: Partnerships for the Goals
Detik-detik bersama keluarga

Galeri