Orang Baik Ramadan
Projek Iftar 1447H — inisiatif iftar 'xpress' yang pantas dan praktikal untuk masyarakat bandar yang berbuka di jalanan.
Pasukan Orang.Baik
22 tapak agihan, Kuala Lumpur

Projek Orang Baik Ramadan 1447H
Di bandar yang bergerak pantas, tidak semua orang sempat pulang ke rumah. Ada yang berbuka di tempat kerja, di atas motor, di perhentian bas, atau di tepi jalan — bukan kerana mereka tidak bersyukur, tetapi kerana keadaan hidup yang menuntut begitu.
Atas kesedaran ini, Projek Orang Baik Altruis memperkenalkan Projek Iftar Orang Baik Ramadan 1447H, sebuah inisiatif iftar 'xpress' yang pantas, praktikal dan berfokus kepada keperluan sebenar masyarakat bandar.
Iftar Express | QuickGrab untuk yang On-the-Road — agihan dibuat secara pantas, teratur dan tepat waktu, dengan makanan yang mudah dibawa dan terus dinikmati, mengikut jadual dan pasukan yang tersusun sepanjang Ramadan.
Siapa yang mendapat manfaat? Orang awam yang tidak sempat pulang berbuka — penunggang motosikal, pekerja syif, pengguna jalan raya dan mereka yang berbuka seadanya di jalanan. Ini adalah usaha berterusan, bukan sekadar kempen bermusim.
Matlamat
Memastikan tiada sesiapa berbuka tanpa makanan di jalanan kota ketika Ramadan.
Pendekatan
Iftar 'xpress' yang pantas dan tepat waktu di 22 tapak strategik sepanjang 29 hari Ramadan.
Perincian Projek
Sasaran Pek Iftar
2,700
Tapak Agihan
22 Tempat
Tempoh Agihan
29 Hari
Orang Baik Ramadan Beraksi
Projek ini menyokong United Nations Sustainable Development Goals (SDG) melalui teras berikut






