REBUNG

Ringkasan Projek

REBUNG merupakan ruang komuniti pelbagai fungsi yang diwujudkan bagi memperkasa belia, memupuk keusahawanan, dan menggalakkan advokasi sosial bermula Januari 2025. Berperanan sebagai hab komuniti dan juga pusat operasi utama bagi Altruis, REBUNG menjadi lokasi pelaksanaan pelbagai program latihan, bengkel kemahiran, dan projek kolaboratif yang bertujuan membekalkan individu dengan kemahiran kritikal serta peluang pembangunan diri.

Selain itu, REBUNG turut menempatkan sebuah studio podcast yang memberi ruang kepada pemimpin pemikiran, golongan belia, dan aktivis untuk membincangkan isu-isu kemanusiaan dan pembangunan, seterusnya memperluaskan lagi impak sosial secara lebih meluas dan bermakna.

Realitinya, ramai anak muda — khususnya dari komuniti yang kurang mendapat perhatian — tidak mempunyai akses kepada sumber yang boleh membantu mereka membina kemahiran, membentuk jaringan sokongan, dan meneroka peluang baharu. REBUNG tampil sebagai pemangkin pertumbuhan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran, kerjasama, dan inovasi.

Melalui penyediaan latihan, bimbingan dan penglibatan komuniti, REBUNG menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih inklusif, berdaya tahan, dan berdaya saing.

Teras REBUNG

Program yang dijalankan di bawah REBUNG akan berpaksikan kepada 4 teras utama berikut bagi mencapai misi-misi Altruis 

Ekonomi

Teknologi

Sekuriti Makanan

Sukan &
Kesihatan

Program di REBUNG

GLOW

Aunties learning how to recite the Quran together

Kelas Mengaji Wanita GLOW Altruis merupakan inisiatif tahunan anjuran Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis, bermula Feb 2025, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita, khususnya golongan B40, warga emas, dan ibu tunggal di kawasan Pantai Dalam. Program ini menggabungkan elemen pendidikan Al-Quran, pembangunan komuniti dan ekonomi, serta sokongan kesihatan mental dalam pendekatan yang inklusif dan mampan.

GLOW dibina atas pembinaan rohani yang kukuh mampu mencetus perubahan menyeluruh dalam kehidupan wanita. Melalui kelas bacaan Al-Quran yang sistematik, sokongan komuniti dan latihan keusahawanan, peserta bukan sahaja diberi peluang memperbaiki aspek spiritual tetapi juga menambah baik kesejahteraan hidup secara menyeluruh.

X.Y.L.E.M

X.Y.L.E.M merupakan sebuah program pembangunan belia yang dirangka khusus untuk memupuk kepimpinan, daya tahan, dan kemahiran hidup asas dalam kalangan remaja dari komuniti bandar berpendapatan rendah. Menerusi gabungan bengkel berstruktur, bimbingan mentor dan aktiviti luar kelas, program ini memperkasa golongan muda agar lebih yakin dan berdaya saing dalam mengemudi masa depan mereka dengan hala tuju yang jelas.

Program ini menekankan pembangunan pemikiran kritikal, kerja berpasukan dan disiplin diri, bagi memastikan setiap peserta memiliki kemahiran serta sikap mentaliti yang diperlukan untuk mengatasi cabaran dan cemerlang dalam aspek akademik mahupun kehidupan peribadi.

ZUMBA

Zumba Altruis merupakan sebuah program senaman berkumpulan yang dikhususkan untuk wanita dewasa dan dijalankan setiap hari Sabtu pada jam 9.00 malam di Pusat REBUNG Altruis. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menyokong kesejahteraan mental dalam kalangan wanita melalui aktiviti yang menyeronokkan dan berimpak positif. Sesi ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dalam suasana yang selamat, santai dan menyenangkan.

Selain manfaat kesihatan, Zumba Altruis turut menyediakan ruang sosial yang membina, di mana para peserta boleh berinteraksi, berhibur dan membina keyakinan diri. Dengan pelaksanaan secara konsisten setiap minggu, Altruis komited untuk menjadikan program ini sebagai sebahagian daripada sokongan komuniti yang menggalakkan amalan hidup sihat dalam kalangan wanita.

Perincian Projek

JUMLAH REBUNG

1 Kawasan

BILANGAN
PENERIMA MANFAAT

Orang

PERBELANJAAN

RM

Projek ini mendokong United Nations SustainableDevelopment Goals (SDGs) melalui teras berikut

BERMINAT UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT?

Dapatkan dokumen dan laporan berkaitan projek melalui pautan di bawah
Klik di sini
© 2025 Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis. Hakcipta Terpelihara.