JANA SE merupakan inisiatif keusahawanan sosial di bawah Altruis yang digerakkan untuk membina ruang sokongan kepada komuniti melalui pendekatan perniagaan yang inklusif, beretika dan berimpak sosial. Projek ini dirangka bagi melahirkan Usahawan Altruis yang bukan sahaja berdaya saing serta stabil dari segi kewangan (financially stable), tetapi juga berperanan sebagai agen perubahan dengan menyumbang kembali kepada komuniti melalui pelbagai bentuk sokongan.
Pelaksanaan JANA SE berasaskan model keusahawanan sosial yang merangkumi empat pendekatan utama:
A- Subsidi Bersilang – hasil keuntungan digunakan untuk menyokong program komuniti lain.
B- Pembiayaan Mikro – menyediakan sokongan modal kecil untuk menggerakkan usaha niaga komuniti.
C- Beli & Derma – setiap pembelian produk atau perkhidmatan disalurkan sebahagiannya untuk tujuan kebajikan.
D- Perniagaan Menyeluruh – menggalakkan keterlibatan komuniti dalam ekosistem perniagaan yang lebih luas dan mampan.
Selain membangunkan usahawan baharu, JANA SE turut memperkukuh usahawan sedia ada melalui rangkaian program Altruis yang lain. Dengan itu, hasil dan sumber daripada satu program dapat menyokong pembangunan program lain secara berterusan, mewujudkan ekosistem keusahawanan sosial yang saling menguntungkan dan mampan.
Berikut adalah 5 inisiatif Jana SE :
Objektif :
1.Mendedahkan peserta kepada asas keusahawanan makanan, khususnya dalam penyediaan produk yang menarik dan bernilai pasaran.
2.Memindahkan kemahiran secara langsung kepada penerima manfaat, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan keupayaan individu untuk menjana pendapatan sendiri.
3.Mewujudkan jenama sosial di bawah Altruis sebagai platform komersial.
Walaupun masih di peringkat awal, JANA SE diyakini mampu membuka lebih banyak peluang peningkatan sosioekonomi, khususnya kepada belia dan kumpulan rentan bandar, seterusnya menjadikan mereka sebahagian daripada jaringan usahawan Altruis yang berdikari dan berdaya memberi.



“Usahawan sejati bukan hanya membina kejayaan diri, tetapi turut mengangkat masyarakat sekelilingnya.”
Plastik
Tekstil
Kertas












Dapatkan dokumen dan laporan berkaitan projek melalui pautan di bawah

Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis
(PPM-029-14-12062023)
© 2025 Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis. Hakcipta Terpelihara.
[
](../)
- [ UTAMA ](https://altruis.my/utama/)