Ringkasan Projek
Nadi Aspirasi ialah inisiatif komuniti yang diwujudkan untuk bantu kurangkan jurang pendidikan dalam kalangan anak-anak dari latar belakang kurang berkemampuan. Melalui tuisyen percuma, bantuan makanan dan pendidikan kemahiran hidup, program ini memastikan anak-anak yang terkesan dapat sokongan yang mereka perlukan untuk belajar, membesar dan bina masa depan yang lebih baik.
Program ini beroperasi di PPR Pinggiran Bukit Jalil, sebuah kawasan perumahan berpendapatan rendah di bandar. Nadi Aspirasi bukan hanya fokus pada pelajaran, tetapi juga memberikan sokongan pemakanan dan pembelajaran yang menyeluruh supaya perkembangan akademik dan peribadi mereka dapat berjalan seiring.
Dengan kelas yang teratur, bimbingan mentor dan penglibatan komuniti, program ini membantu anak-anak mengatasi cabaran hidup dan membuka peluang untuk mereka capai potensi sebenar diri.