Altruis Care

Perincian Projek

PENERIMA MANFAAT

Keluarga

LAWATAN RUMAH

Buah

PERBELANJAAN

RM

Ringkasan Projek

Membina Harapan, Menyemai Ketenangan

Program Altruis Care merupakan inisiatif kebajikan di bawah Persatuan Dana Bertindak Altruis yang bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada golongan asnaf, miskin bandar, ibu tunggal, warga emas, pelajar, serta individu berpenyakit atau kurang upaya – agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermaruah dan selamat.

Objektif Program:
🎯 Meringankan beban hidup golongan asnaf dan rentan.
🎯 Menyediakan bantuan segera dan bantuan jangka sederhana.
🎯 Menjadi jambatan kasih antara penyumbang dan komuniti yang memerlukan

Kategori Penerima Bantuan:
Kod Kategori Penerima
A Isi rumah berpendapatan di bawah RM1,500
B Keluarga dengan 5 orang anak dan ke atas
C Individu yang berhutang atau berisiko muflis
D Warga emas tanpa sokongan tetap
E Ibu atau bapa tunggal
F Pelajar dari keluarga B40
G Individu yang sakit kronik atau kurang upaya
H Usahawan mikro dan kecil yang terjejas

Klasifikasi Agihan

Bagi menyantuni pelbagai pihak yang mempunyai keperluan tertentu, kami telah mengklasifikasikan pengagihan bantuan Altruis Care kepada 3 bahagian utama

Teduhan Kasih

Membantu keluarga asnaf dengan sokongan kewangan berkala untuk saraan hidup, keperluan asas dan makanan. Tajaan yang diperlukan RM5,000.00/bulan

Teduhan Asnaf

Bantuan segera untuk keperluan mendesak seperti perubatan, kecemasan, dan sokongan luar jangka. Tajaan yang diperlukan RM3,000.00/bulan

Barakah

Sumbangan makanan asas bulanan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga asnaf secara berterusan. Tajaan yang diperlukan RM13,500.00/bulan

Projek ini mendokong United Nations SustainableDevelopment Goals (SDGs) melalui teras berikut

Bagaimana Anda boleh menyumbang?

Sebagai penyumbang, anda boleh memainkan peranan penting dalam meneruskan misi Program Teduh Asnaf:

1. Sumbangan Tunai
Salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Altruis.

2. Penajaan Bulanan / Tahunan

3. Tajaan Korporat (CSR)
Syarikat digalakkan menaja mengikut kategori tertentu atau lokasi pilihan. Laporan berkala dan penghargaan rasmi akan diberikan.

4. Sumbangan Bukan Tunai
Kami menerima sumbangan dalam bentuk barang keperluan asas, khidmat kesihatan, atau khidmat profesional (kontraktor, kaunselor, pengangkutan dll).

BERMINAT UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT?

Dapatkan dokumen dan laporan berkaitan projek melalui pautan di bawah
Klik di sini
© 2025 Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis. Hakcipta Terpelihara.