Projek Altruis

Projek dan Sektor

Pendidikan

Project Nadi Aspirasi X.Y.L.E.M

Makanan

Food packs &Rice (zakat fitr) Meat (Adahi)

Kesihatan

Medical Assistance (Operation)

Pusat Komuniti

REBUNG: Pusat Teroka Anak Muda Office & Podcast

Advokasi

Orang Baik

Impak Altruis

Projek ditaja

Negeri seluruh Malaysia

Penerima Manfaat

Projek & Aktiviti

Berikut adalah 4 projek utama Altruis : 

1- Orang Baik

Orang Baik ialah platform kebajikan yang diwujudkan untuk menghubungkan individu prihatin dengan komuniti yang memerlukan. Pada setiap hari Jumaat, min 100 pek makanan akan diedarkan di masjid/surau Jumaat yang terpilih.

2- Altruis Care

Altruis Care merupakan projek bantuan makanan dan sokongan asas yang memberi tumpuan kepada anak-anak serta keluarga rentan di kawasan bandar terutamanya di Lembah Pantai dan Bangsar.  

3- Rebung – Pusat Komuniti

Rebung adalah pusat komuniti pertama Altruis yang berfungsi sebagai ruang selamat (3rd safe space) , pembelajaran, pembangunan sahsiah, serta pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ia diwujudkan sebagai tempat yang inklusif, terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk berkumpul, berkongsi ilmu, membina kemahiran dan memperkukuh ukhuwah.
Melalui Rebung, Altruis berhasrat mewujudkan ekosistem komuniti yang sihat, saling menyokong dan berdaya tahan, seiring dengan aspirasi membina masyarakat yang lebih sejahtera.

4- Jana SE (Social Enterprise)

Jana SE ialah projek komuniti berasaskan model keusahawanan sosial yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi masyarakat. Inisiatif ini membuka ruang kepada golongan sasaran untuk menjana pendapatan secara lestari melalui program latihan, bimbingan keusahawanan dan penglibatan dalam aktiviti ekonomi berskala kecil hingga sederhana.

Capaian Projek

LENSA ALTRUIS

© 2025 Pertubuhan Dana Kebajikan Bertindak Altruis. Hakcipta Terpelihara.