Ringkasan Projek
Agihan dibuat secara pantas, teratur dan tepat waktu, dengan makanan yang mudah dibawa dan terus dinikmati. Agihan dilakukan selama 27 hari sepanjang Ramadan, dengan jadual dan pasukan yang tersusun.
🔹 Ketelusan & Amanah
Bagi bersama-sama membantu projek ini, Altruis menanggung
kos operasi dan pengurusan projek ini.
Ini bermakna:
Setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya
untuk penyediaan makanan iftar.
Kami percaya, amanah penderma perlu dijaga
dengan jelas dan bertanggungjawab.
🔹 Bukan Projek Pertama
Projek Iftar Orang Baik telah dilaksanakan sebelum
ini tahun lepas seperti video di atas.
Ini adalah usaha berterusan, bukan sekadar kempen bermusim.
🤍 Sertai Kebaikan Ini
Kami menjemput anda untuk memahami projek ini dengan lebih mendalam, melihat bagaimana ia dilaksanakan, dan bersama-sama menjadi sebahagian daripada kebaikan Ramadan ini.
👉 Maklumat lengkap, kemas kini projek, gambar dan video pelaksanaan boleh diakses melalui laman web rasmi dan media sosial Altruis.