
1.Mendedahkan peserta kepada asas keusahawanan makanan, khususnya dalam penyediaan produk yang menarik dan bernilai pasaran.
2.Memindahkan kemahiran secara langsung kepada penerima manfaat, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan keupayaan individu untuk menjana pendapatan sendiri.
3.Mewujudkan jenama sosial di bawah Altruis sebagai platform komersial.

Rakan kolaborasi : Green Waste Selangor (GWS)
1.Mengajar kemahiran menukar minyak masak terpakai menjadi produk bernilai yang boleh dijual atau digunakan (contoh: sabun cecair daripada minyak terpakai).
2.Menggalakkan kitar semula minyak masak terpakai bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan saluran air tersumbat.

1.Memberikan kemahiran asas dan pertengahan dalam teknik urutan komuniti.
2.Mendedahkan peserta kepada peluang kerjaya dan pendapatan sebagai terapis urutan di dalam dan luar negara.
3.Memberi pendedahan mengenai Pensijilan SKM kepada peserta sebagai langkah untuk melanjutkan kelayakan mereka ke peringkat profesional.

JUALAN JANA SE merupakan inisiatif keusahawanan sosial Altruis melalui penjualan pelbagai produk makanan terpilih bagi menjana pendapatan mampan untuk golongan sasaran. Aktiviti jualan dijalankan secara fizikal di Pusat Rebung, sekali gus membuka peluang ekonomi, latihan keusahawanan dan sokongan kewangan kepada komuniti yang memerlukan. Keuntungan yang diperoleh akan disalurkan semula bagi memperkasa program pembangunan dan kesejahteraan komuniti.

PFAND ialah program kelestarian alam sekitar yang diperkenalkan oleh Altruis bagi menggalakkan amalan kitar semula secara berterusan. Melalui program ini, botol minuman berlogo Altruis boleh dipulangkan di Pusat Rebung, dan peserta akan menerima pulangan tunai sebanyak RM0.20 bagi setiap botol. Inisiatif ini bukan sahaja memupuk kesedaran alam sekitar, malah menyokong ekonomi komuniti melalui pendekatan kitar semula berinsentif dan ekonomi kitaran.
KG
KG
KG